32,929 murid sekolah terlibat Program Wira Anti Rasuah

(Tiga dari kiri) Norazlan menandatangani mural antirasuah yang disediakan oleh pihak sekolah.
(Tiga dari kiri) Norazlan menandatangani mural antirasuah yang disediakan oleh pihak sekolah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 32,929 murid sekolah pelbagai aliran di seluruh negara telah terlibat dalam Program Wira Anti Rasuah (WAR) yang diperkenal dan dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 10 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, jumlah berkenaan membabitkan murid sekolah rendah dan menengah serta 4,434 guru daripada 181 sekolah.

"Ia merupakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang bahaya gejala rasuah.

"SPRM komited mendidik dan mendapatkan sokongan segenap lapisan masyarakat dalam membanteras rasuah menggunakan tiga strategi secara serentak iaitu siasatan, pencegahan serta pendidikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, pendedahan dan pendidikan mengenai kesalahan serta bahana rasuah seringkali dilakukan SPRM melalui mesej antirasuah termasuk program yang dilaksanakan dengan pelbagai pihak.

Ujarnya, inisiatif berkenaan melibatkan pegawai badan awam, pihak swasta dan perniagaan, masyarakat umum dan antarabangsa, pihak keagamaan serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk murid sekolah menengah dan rendah.

Seramai 486 murid tahun 1 hingga 6 dan 46 guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama terlibat dalam program antirasuah dikendalikan oleh pegawai SPRM Negeri Selangor.
Seramai 486 murid tahun 1 hingga 6 dan 46 guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama terlibat dalam program antirasuah dikendalikan oleh pegawai SPRM Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Norazlan menegaskan, kerjasama daripada semua agensi adalah penting dan sangat digalakkan dalam usaha melahirkan generasi pemimpin yang memiliki pencapaian akademik terbaik serta menghayati nilai integriti secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

“Pendidikan di sekolah tidak hanya berkisar mengenai tidak melakukan rasuah sahaja, sebaliknya berikan tumpuan kepada melahirkan generasi dengan sahsiah tinggi yang menitikberatkan sifat jujur dan amanah dalam diri pelajar.

"Sejajar dengan itu, SPRM bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan bahan pendidikan dan elemen antirasuah serta integriti dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 dan 5, Modul Exemplar Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

"Sekiranya nilai integriti dihayati dan dipraktiskan dalam kalangan pelajar, mereka bukan sahaja tidak akan melakukan kesalahan rasuah tetapi termasuk tindakan menipu, pecah amanah, mencuri dan menyeleweng harta," katanya.

Sebelum ini, seramai 486 murid tahun 1 hingga 6 dan 46 guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama terlibat dalam program antirasuah dikendalikan oleh pegawai SPRM Negeri Selangor.

Hadir sama, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim; Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Dr Zakaria Othman; Guru Besar SK Seri Utama, Saharudin Mohd Hassim dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Utama, Ain Fatihah Toyibon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!