Darul Tahfiz Gerik azam lahirkan lebih ramai penghafal al-Quran

Darul Tahfiz Gerik memerlukan sumbangan RM1.5 juta bagi menyiapkan insfrastruktur di pusat berkenaan.
Darul Tahfiz Gerik memerlukan sumbangan RM1.5 juta bagi menyiapkan insfrastruktur di pusat berkenaan.
A
A
A

GERIK - Darul Tahfiz Gerik yang terletak di Tanjung Rambai, di sini, mahu melahirkan lebih ramai golongan penghafal al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Pengasasnya, Mohd Hazmin Mohktar berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya memerlukan sumbangan RM1.5 juta bagi menyiapkan kemudahan infrastruktur di pusat berkenaan.

“Dana ini bagi menyiapkan bangunan dua tingkat untuk dijadikan kelas hafazan untuk pelajar.

Darul Tahfiz Gerik terletak di Tanjung Rambai berazam mahu melahirkan lebih ramai golongan penghafal al-Quran dalam kalangan generasi muda.
Darul Tahfiz Gerik terletak di Tanjung Rambai berazam mahu melahirkan lebih ramai golongan penghafal al-Quran dalam kalangan generasi muda.

“Pembinaan kemudahan ini sudah berjalan, namun terbengkalai disebabkan masalah kekurangan dana,” katanya.

Menurut beliau, pusat pengajian berkenaan memerlukan sumbangan orang ramai bagi merancakkan semula kerja pembinaan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 558079540248 (Darul Tahfiz Gerik) atau menghubungi talian 017-9422753
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 558079540248 (Darul Tahfiz Gerik) atau menghubungi talian 017-9422753

Ujarnya, kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian sepanjang berada di Darul Tahfiz Gerik.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 5580 7954 0248 (Darul Tahfiz Gerik) atau menghubungi talian 017-9422753,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!