Selangor buru mata pembakar semangat

Ali Olwan antara pemain dijangka dipertaruhkan berdepan Kuching City.
Ali Olwan antara pemain dijangka dipertaruhkan berdepan Kuching City.
A
A
A

TIGA mata menjadi sasaran utama Selangor FC apabila melayan kunjungan pasukan sedang meningkat naik Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat.

Pengurus pasukan The Red Giants, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, misi meraih kemenangan ke atas The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak penting dalam usaha melebarkan jurang kedudukan dengan pasukan ketiga dan keempat liga.

Selain itu tambah Mahfizul, kemenangan di laman sendiri juga penting sebagai motivasi sebelum menyingkap tirai saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

“Alhamdulillah, semua pemain lokal kita bebas kecederaan bersedia untuk diturunkan kecuali Mukhairi Ajmal yang masih belum pulih.

“Kita akan menurunkan kesebelasan utama pemain lokal terbaik, Faisal Halim juga tersenarai, namun bergantung perancangan taktikal coach Nizam (Jamil) malam esok (Jumaat). Pemain import setakat ini pula hanya Ali Olwan yang boleh bermain dalam perlawanan ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Selangor selepas berdepan Kuching City akan memulakan kempen Kumpulan H ACL 2 menentang kelab Thailand, Muangthong United di Stadium Thunderdome, Nonthaburi pada 19 September ini.


LIGA SUPER 2024/25

13 SEPTEMBER (JUMAAT)

Artikel Berkaitan:

Selangor lwn Kuching City

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

14 SEPTEMBER (SABTU)

Negeri Sembilan lwn Perak

(Stdm Tuanku Abdul Rahman, 5.30 petang)

Kuala Lumpur City lwn Kedah Darul Aman

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

15 SEPTEMBER (AHAD)

Sabah lwn Terengganu

(Stdm Likas, 8.15 malam)

Sri Pahang lwn PDRM

(Stdm Temerloh, 9 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!