Kontroversi sijil halal berlaku sebab salah faham - Teresa

Teresa bergambar bersama Sirajuddin (kanan) dan Mohamad Zamri (kiri). Foto Facebook
Teresa bergambar bersama Sirajuddin (kanan) dan Mohamad Zamri (kiri). Foto Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Kontroversi berhubung pensijilan halal yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada salah faham daripada pelbagai pihak.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata, bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang selayaknya memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Saya sempat bertemu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Mohamad Zamri Mohamed Shapik sewaktu menghadiri perjumpaan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.

Teresa Kok
Teresa Kok

“Kebetulan pengurusan tinggi Halal Development Corporation (HDC) dan Jakim dijemput memberi pembentangan tentang usaha mereka untuk mempromosi pensijilan halal.

“Datuk Dr Sirajuddin berkata, mereka datang ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan saya,” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Teresa dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Menurutnya, langkah tersebut bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Teresa pada Selasa dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkaitan isu sijil halal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!