Kerjasama BN, PH pada PRN Sabah formula terbaik - PBRS

Langkah Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan formula terbaik.
Langkah Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan formula terbaik.
A
A
A

KOTA KINABALU - Langkah Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan formula terbaik, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata, PBRS, parti komponen BN, melihat kerjasama itu sebagai tepat untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

"Kesepakatan BN-PH telah diterjemah melalui hubungan baik antara pimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh BN-PH di peringkat Persekutuan dengan kerjasama parti-parti politik lain seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan PRK Mahkota," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Arthur berkata, Malaysia sedang menikmati momentum pembangunan yang positif dan menjadi keutamaan untuk mengekalkan perpaduan serta kestabilan sedia ada melalui gabungan kerjasama politik kukuh yang terbukti terbaik bagi Sabah dan Malaysia.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah itu.

Pengerusi BN itu berkata, UMNO Pusat dan Negeri juga bersetuju BN Sabah mengikuti formula kerjasama yang diamalkan di peringkat Persekutuan dan ia perlu diperluas ke Negeri di Bawah Bayu.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir pula yakin gabungan BN-PH akan berlaku pada PRN ke-17 namun berkata masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

"Saya juga yakin kepimpinan BN Sabah dan PH Sabah akan duduk bersama bagi membincangkan mekanisme serta acuan terbaik bagi mendepani PRN Sabah nanti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerjasama BN dan PH diyakini mampu membawa keputusan positif pada PRN Sabah kali ini seterusnya mewujudkan kestabilan politik. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!