MPPK santuni mahasiswa Malaysia di Turkiye

Pertemuan dua hala berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha MPPK mengangkat agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi, selaras dengan fokus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengadakan pertemuan bersama pimpinan Malaysia Student Association in Turkey (MASAT) di Istanbul, Turkiye.

Pertemuan dua hala berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha MPPK mengangkat agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi, selaras dengan fokus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perjumpaan tersebut turut disertai oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BHEP JPT), Hirman Awang, serta Pengerusi Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil,.

Pertemuan itu diadakan seiring dengan program Global Student Leadership Summit yang berlangsung di Istanbul University.

Selama kira-kira dua jam, perbincangan tertumpu kepada isu-isu yang dihadapi oleh mahasiswa luar negara, kebajikan mereka, serta langkah-langkah pembangunan dan bantuan yang boleh diberikan oleh persatuan mahasiswa untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Antara agenda penting adalah untuk membuka lebih banyak peluang bagi mahasiswa tempatan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Presiden MPPK, Syahril Ahmad Sofian, menyifatkan pertemuan ini sebagai titik permulaan bagi merealisasikan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi yang dirancang oleh KPT.

Beliau menegaskan bahawa pertemuan dengan wakil mahasiswa luar negara seperti ini membolehkan MPPK mendapatkan maklumat secara langsung dan memahami situasi mereka dengan lebih jelas.

Artikel Berkaitan:

"MPPK komited untuk membantu mahasiswa sama ada di dalam atau di luar negara. Antara fokus utama kami tahun ini adalah meningkatkan kualiti kebajikan mahasiswa dan memperluas agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi," kata Syahril dalam satu kenyataan media, semalam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!