Lepas gian di belukar, rumah kosong

Antara individu yang ditahan menerusi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Antara individu yang ditahan menerusi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, Selangor, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan belukar serta rumah kosong di sekitar Kajang dan Klang, Selangor yang menjadi sarang pengedar serta penagih dadah digempur polis, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Op Sarang itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor bermula 2 hingga 8 September.

Hussein
Hussein

Katanya, operasi berjaya menahan 21 lelaki melibatkan 16 warga tempatan dan lima warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

"Siasatan mendapati seorang daripada suspek dipercayai berperanan sebagai tokan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara lokasi sarang penagihan dadah yang diserbu JSJN Selangor, baru-baru ini.
Antara lokasi sarang penagihan dadah yang diserbu JSJN Selangor, baru-baru ini.

"Operasi ini turut bertindak merampas dadah jenis heroin anggaran berat 53.82 gram, syabu (10.78 gram), ganja (2.65 gram) serta lima biji pil yaba yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM944.85," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, penagih-penagih terlibat akan melepaskan gian di kawasan semak, belukar, tangga atau rumah kosong.

Artikel Berkaitan:

Antara individu yang ditahan menerusi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Antara individu yang ditahan menerusi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, penagih ini akan masuk dahulu ke kawasan terbabit sementara menunggu tokan datang menjual dadah.

"Kesemua suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," ujarnya.

Kawasan belukar yang menjadi antara lokasi sarang penagih melepas gian dadah diserbu polis, baru-baru ini.
Kawasan belukar yang menjadi antara lokasi sarang penagih melepas gian dadah diserbu polis, baru-baru ini.

Jelas Hussein, Op Sarang ini merupakan salah satu inisiatif dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan sarang penagih dadah di sekitar Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!