Pengasuh didakwa bunuh Al-Fateh dituduh di mahkamah

Suspek berusia 34 tahun (tengah) tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, pada Jumaat.
Suspek berusia 34 tahun (tengah) tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR GAJAH - Pengasuh wanita yang didakwa mengakibatkan kematian bayi lelaki lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri akan didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Jumaat.

Suspek berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang bekerja di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) Taman Kelemak Utama dan memakai jubah dan tudung hitam tiba di Kompleks Mahkamah Majsitret Alor Gajah diiringi anggota polis kira-kira jam 9.40 pagi.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!