'Ambil peluang kebangkitan anak muda' - Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas digesa mengambil peluang kebangkitan anak muda yang ingin mempertahankan Islam untuk memperkuatkan lagi sokongan terhadap parti itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, apa yang penting kebangkitan anak muda tersebut perlu diisikan dengan kefahaman yang betul supaya mereka beristiqamah.

“Marilah kita ambil langkah segera melalui peluang kebangkitan anak muda, generasi baharu yang ingin mempertahankan Islam. Kita suburkan lagi kebangkitan anak-anak muda ini. Inilah tanggungjawab Dewan Pemuda Pas.

“Peranan pemuda Pas sangat besar khususnya terhadap pengundi muda kerana mereka cepat membuat perubahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sempena Muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsung di Kompleks Al Makmur, Temerloh, Pahang.

Abdul Hadi menjelaskan, sebelum ini dapat disaksikan kebangkitan Islam di Malaysia apabila generasi muda memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Kata beliau, sebahagian daripada ahli UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), orang Melayu dan orang bukan Islam memberi dukungan kepada Pas.

“Pas menjadi parti yang mendapat undi terbanyak, menguasai empat buah negeri dan memiliki bilangan ahli Parlimen paling ramai walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan. Ini merupakan sebuah pencapaian bagi Pas.

“Hari ini kita menyaksikan parti Islam di Jordan pula menang besar dalam pilihan raya Jordan. Sebelum ini gerakan Islam juga menang pilihan raya di Kuwait sebelum digantung keputusan pilihan raya tersebut. Inilah antara halangan yang dihadapi oleh gerakan Islam,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Walaupun begitu, tegas Abdul Hadi, apa yang penting adalah keyakinan bahawa Islam dijanjikan kemenangan oleh ALLAH SWT.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!