Pas akan buat pindaan termasuk keahlian bukan Islam

Hashim bersalaman dengan para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak Pas kali ke-63 di Kompleks As-Syafie pada Jumaat.
Hashim bersalaman dengan para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak Pas kali ke-63 di Kompleks As-Syafie pada Jumaat.
A
A
A

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Pas akan membuat beberapa pindaan perlembagaan termasuk fasal berkaitan penyertaan ahli bukan Islam dalam parti itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, secara asasnya, mereka bukan Islam tidak boleh menjadi ahli biasa Pas.

Menurutnya, dengan pindaan itu, orang bukan Islam boleh menjadi ahli bersekutu Pas, yang mana sebelum ini parti itu mempunyai Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) khususnya bukan ahli.

"Beberapa pindaan perlembagaan parti akan dibuat melibatkan Dewan Asyura, Dewan Harian bagi tujuan itu.

“Sedangkan, perlembagaan asal Pas hanya orang Islam sahaja boleh menjadi ahli, dan yang bukan Islam berada dalam DHHP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak Pas kali ke-63 di Kompleks As-Syafie, pada Jumaat.

Hashim memberitahu, usul pindaan perlembagaan itu akan dibentang dibahas dan keputusan yang akan dibuat dalam sidang muktamar.

Jelasnya, perbahasan dan keputusan yang akan dibuat dalam sidang muktamar.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Hashim turut menegaskan harapan mereka agar asas kekuatan parti dipertahankan sepanjang perbahasan nanti, demi memastikan hala tuju parti kekal utuh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!