Lelaki maut nahas dua kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat

Keadaan dua kenderaan yang terbabit nahas di Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah pada awal pagi Jumaat.
Keadaan dua kenderaan yang terbabit nahas di Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

MUADZAM SHAH - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 100, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun yang memandu kereta jenis Proton Preve mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, penumpang kereta pula cedera parah pada bahagian perut manakala penumpang kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger tidak sedarkan diri.

"Pemandu Ford Ranger berusia 36 hanya mengalami cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki bersama penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Merlimau, Melaka menghala ke Kuala Terengganu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Nor Azman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

"Mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Faiz Ismail di talian 013-3969895 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!