Pearly-Thinaah mara separuh akhir Terbuka Hong Kong

Gandingan mantap Pearly-Thinaah meneruskan persembahan bertenaga di Terbuka Hong Kong.
Gandingan mantap Pearly-Thinaah meneruskan persembahan bertenaga di Terbuka Hong Kong.
A
A
A

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan cabaran pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi pada Jumaat.

Perlawanan suku akhir di Hong Kong Coliseum, Kowloon, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu menang straight set ke atas pilihan kelapan, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit.

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir dengan menjinakkan gandingan Hong Kong, Lok Lok-Hiu Yan, juga straight set 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.

Gandingan nombor lapan dunia itu akan berdepan beregu nombor dua dunia Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee So-hee di separuh akhir pada Sabtu.

Pilihan utama Ha-na-So-hee, pilihan pertama mara ke pentas empat terbaik selepas menewaskan rakan senegara Lee Yu-lim-Shin Seung-chan 21-8, 21-18.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!