Remaja 17 tahun mengaku tunggang motosikal lawan arus, cederakan polis
13 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota polis Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dan hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Marlissa Mohd Fahmy selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PDRM