7 peserta bakal berentap Sayembara Deklamasi Puisi Artistik ke-5

Tujuh peserta bakal berentap dalam Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia kali kelima bertemakan Cintai Malaysia di Kumpulan Karangkraf pada Ahad ini.
Tujuh peserta bakal berentap dalam Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia kali kelima bertemakan Cintai Malaysia di Kumpulan Karangkraf pada Ahad ini.
A
A
A

TUJUH peserta bakal berentap dalam Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) kali kelima bertemakan Cintai Malaysia di Kumpulan Karangkraf pada Ahad ini jam 8 malam.

Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim berkata, tujuh peserta itu disaring daripada 15 penyertaan dari semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Perserta ini bertanding bagi merebut Piala Pusingan Seri Pemuisi Malaysia yang akan dijurikan oleh individu profesional sasterawan daripada bidang berkenaan.

Mohd Radzuan
Mohd Radzuan

"Sayembara artistik ini berbeza dengan pementasan puisi yang lain kerana ia mengandungi unsur-unsur teaterikal, muzikal dan beberapa bahan persembahan dibenarkan dalam mengiringi bacaan puisi tersebut termasuk prop, slaid, gambar, muzik, muzik secara langsung dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

SDPAHM kali ini dianjurkan oleh Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kumpulan Karangkraf.

Ia akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Tambah Mohd Radzuan, program berkenaan diadakan setiap tahun bagi mengangkat martabat puisi di persada tanah air.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, selain itu, ia juga bagi menunjukkan pembaharuan dalam pengdeklamasian puisi disertai dengan pelbagai unsur untuk menjadikan persembahan lebih menarik.

"Apa yang lebih penting, pengisian puisi itu boleh difahami penonton yang menyaksikannya.

"Selama lima tahun pelaksanaan program ini, ia mendapat sambutan cukup baik daripada peminat puisi tanah air khususnya golongan remaja. Unsur muzik dan seni lakon lebih menarik perhatian mereka," katanya.

Shafa'atussara
Shafa'atussara

Sementara itu, Pengarah SDPAHM, Dr Shafa'atussara Silahudin berkata, pihaknya turut menggalakkan peserta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan apa juga aplikasi yang bersesuaian untuk persembahan.

Ujarnya, semua peserta telah dimaklumkan untuk menggunakan teknologi AI dalam persembahan bagi membuka peluang dan ruang inovasi yang lebih luas serta mencipta keunikan tersendiri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!