Papan iklan gambar Mufti Perlis, Rektor KUIPs diconteng

Foto Maza dan Dr Muhammad Rozaimi diconteng dengan cat merah pada Jumaat. - Foto: Facebook Dr MAZA Channel
Foto Maza dan Dr Muhammad Rozaimi diconteng dengan cat merah pada Jumaat. - Foto: Facebook Dr MAZA Channel
A
A
A

KANGAR - Papan iklan yang memaparkan gambar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Maza dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle dilakukan khianat apabila diconteng dengan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat.

Foto kejadian terbabit didedahkan menerusi Instagram drmaza_official dan Facebook Dr MAZA Channel dengan kapsyen: "Mula dah...sakan...kepada ALLAH kita bertawakal,"

Menerusi foto tular, hanya gambar Mufti Perlis dan Rektor KUIPs dilakukan perbuatan khianat dipangkah dengan tanda X.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Kangar berikutan tertera Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhampiran papan iklan.

Sementara itu, Dr Muhamad Rozaimi menerusi hantaran dimuat bersama video di Facebook miliknya memaklumkan, kejadian terbabit berlaku pada Jumaat.

"Demikianlah harga yang perlu dibayar di atas perjuangan kecil ini.

"Apabila kita mulakan langkah membela kebenaran dan membasmi kebatilan, akan ada yang tidak suka," katanya.

Dalam perkongsian sama, beliau menyatakan, ia risiko dalam perjuangan yang perlu diterima.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kata Dr Muhammad Rozaimi, pihaknya akan terus berjuang dan kepada ALLAH kami bertawakal.

"Terima kasih kepada pihak polis yang segera menyiasat perkara khianat ini,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!