CBP diiktiraf Koperasi Premier Malaysia kali ke-4 berturut-turut

Anugerah tersebut telah disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 di Melaka pada 4 September lalu.
Anugerah tersebut telah disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 di Melaka pada 4 September lalu.
A
A
A

CO-opbank Pertama (CBP) sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu Koperasi Premier Malaysia untuk kali keempat berturut-turut oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pengiktirafan itu merupakan satu penghargaan kepada CBP di atas segala kerjasama dan usaha diberikan seluruh warganya serta turut disokong pengawal selia, anggota termasuk pelanggan.

"Pengiktirafan ini juga memberi peluang kepada CBP untuk mengukuhkan lagi jenama di dalam industri kewangan negara.

"Dengan kepelbagaian produk dan perkhidmatan perbankan berkualiti, kami yakin untuk terus memberi persaingan sihat yang secara tidak langsung dapat membantu masyarakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anugerah tersebut telah disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 di Melaka pada 4 September lalu.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Tambah Khairil Anuar, CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan perbankan baharu untuk pelanggan runcit serta korporat.

Ujarnya, dalam masa sama juga, CBP turut membuka langganan syer kepada orang ramai di semua cawangan seluruh negara sehingga 31 Disember 2024.

Artikel Berkaitan:

"Pembukaan semula langganan syer ini dilihat dapat menyokong pertumbuhan perniagaan kami bagi tahun 2024 selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik CBP 2022-2026. Ia terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah maksima sehingga RM5 juta bagi individu serta sehingga RM200 juta bagi koperasi.

"Syarikat kami turut menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjadikan CBP koperasi pertama di Malaysia yang menerima penarafan ini," katanya.

Sementara itu, Khairil Anuar turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SKM, Bank Negara Malaysia (BNM), anggota dan pelanggan CBP serta pihak media yang banyak memberi sokongan tanpa henti selama ini sehingga menerima pengiktirafan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!