Warga emas berserban tunggang RXZ 6 Speed curi perhatian

Paksu Tomoi dalam perjalanan menyertai program RXZ Members 6.0 pada Jumaat. Warga emas tersebut dikenali sebagai Paksu Tomoi. Kredit foto: Shazana Jafar
Paksu Tomoi dalam perjalanan menyertai program RXZ Members 6.0 pada Jumaat. Warga emas tersebut dikenali sebagai Paksu Tomoi. Kredit foto: Shazana Jafar
A
A
A

KUALA NERUS - Gelagat seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini pada Jumaat.

Warga emas tersebut dikenali sebagai Paksu Tomoi. Kredit foto: Shazana Jafar
Warga emas tersebut dikenali sebagai Paksu Tomoi. Kredit foto: Shazana Jafar

"Nampak anak-anak muda ikut dia... depan belakang jaga. Kalau singgah masjid semua singgah... ikut sekali. Pak cik ni tiap-tiap tahun hadir," komen Mohamad Johari Abdullah.

"Hebat pak cik... semoga selamat sampai Terengganu," ujar Kin Yusoff.

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun Facebook Arena Motor turut berkongsikan gambar warga emas tersebut yang dikenali sebagai Paksu Tomoi.

"Siapa kenal otai RXZ ini? Paksu Tomoi bersama RXZ 6 Speed First Modelnya untuk hadir di RXZ Members 6.0 selepas lama berehat disebabkan kemalangan sebelum ini," katanya.

"Terbaik Paksu... semoga selamat perjalanan pergi dan balik," kata Khalim Miswan.

Artikel Berkaitan:

"Terbaik Paksu... orang lama kena dihargai dan semoga sihat selalu," ujar Rohim Muhammad.

Program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula hari ini sehingga Sabtu dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

@sinarharianonline Gelagat seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi perkongsian video di grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada Jumaat. #SinarHarian#SinarTerkini#WargaEmas#RXZ#Motorsikal#Video#Viral original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!