Tunggu peruntukan negeri

Shamsul Shahril Badliza (kanan) bersama wakil agensi, penghulu mukim, wakil pejabat Adun dan pemimpin setempat meninjau isu jambatan di Kampung Rantau Panjang.
Shamsul Shahril Badliza (kanan) bersama wakil agensi, penghulu mukim, wakil pejabat Adun dan pemimpin setempat meninjau isu jambatan di Kampung Rantau Panjang.
A
A
A

BESTARI JAYA – Permohonan peruntukan untuk kerja baik pulih jambatan rebak akibat hakisan sungai di Kampung Rantau Panjang, di sini sudah dipanjangkan kepada JKR Selangor.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, JKR Daerah Kuala Selangor memohon untuk kelulusan peruntukan dan pelan bagi kerja baik pulih jambatan terbabit.

Menurutnya, dijangkakan kerja awal mungkin dapat dilaksanakan dalam bulan ini dan memerlukan tempoh tiga bulan untuk kerja pembaikan bergantung kepada cuaca semasa.

“Hasil lawatan susulan sebelum ini mendapati, kemudahan tanjak konkrit ke jambatan terbabit masih selamat dilalui pejalan kaki, penunggang motosikal dan basikal dari kedua arah.

“Bagaimanapun, mungkin menjadi kebimbangan penduduk apabila hakisan tebing sungai di kawasan jambatan terbabit didakwa semakin serius dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tambang van sekolah pun naik sebab kena pusing jauh ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jambatan sementara masih selamat ]

Shamsul Shahril Badliza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor turut memaklumkan, laluan ke jambatan terbabit akan ditutup untuk kegunaan orang awam.

Artikel Berkaitan:

“Jika kerja pembaikan jambatan ini dilaksanakan, laluan di kedua arah jambatan ini akan ditutup untuk kegunaan awam sehingga kerja selesai dan notis akan dikeluarkan sebagai makluman kepada orang ramai.

“Notis sama juga akan dimaklumkan kepada Pejabat Adun Ijok dan Permatang supaya mereka dapat bantu menghebahkan penutupan jambatan terbabit nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!