Pejalan kaki maut dilanggar lari, polis kesan pemandu kereta

Polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam insiden langgar lari tersebut. Foto IPD Johor Bahru Selatan
Polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam insiden langgar lari tersebut. Foto IPD Johor Bahru Selatan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis giat mengesan seorang pemandu kereta dipercayai melanggar hingga maut seorang pejalan kaki warga Myanmar di Jalan Bayu Tampoi, menghala ke pusat bandar, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Rab Selamat, insiden langgar lari itu berlaku sekitar jam 2 petang dan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Mangsa berusia sekitar 20-an dipercayai telah digilis oleh sebuah kereta di laluan berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu tidak berhenti.

“Kini usaha mengesan pemandu berkenaan giat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi memberi keterangan atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!