Peserta RXZ Member kemalangan di Gopeng, polis tak terima laporan

Video tular berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai peserta himpunan motosikal RXZ Member 6.0 berlanggar sesama sendiri di laluan lebuh raya Gopeng.
Video tular berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai peserta himpunan motosikal RXZ Member 6.0 berlanggar sesama sendiri di laluan lebuh raya Gopeng.
A
A
A

IPOH - Polis belum menerima sebarang laporan kemalangan membabitkan peserta himpunan motosikal RXZ Member 6.0 yang didakwa berlaku di Gopeng sepertimana tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya ambil maklum dengan video tular tersebut, bagaimanapun semakan mendapati tiada laporan polis diterima setakat ini.

"Facebook (hantaran video nahas) telah kita selidiki, tetapi tiada maklumat lanjut diperoleh.

"Sehubungan itu, kita masih belum dapat mengesan kejadian tersebut memandangkan tiada pihak tampil membuat laporan mengenainya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Video berdurasi 21 saat yang didakwa dirakam pada malam Khamis itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri selepas seorang daripada mereka terjatuh ketika melalui lorong kanan lebuh raya di Gopeng.

Bersama video itu turut disertakan keterangan mendakwa kumpulan motosikal terbabit berkonvoi untuk menyertai perhimpunan motosikal RXZ Member 6.0 di Terengganu yang berlangsung pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!