Izzat Shameer kini nombor satu dunia

Izzat Shameer
Izzat Shameer
A
A
A

ATLET boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple, mengharumkan nama Malaysia apabila kini berstatus nombor satu ranking dunia dalam kemaskini terbaharu https://worldbowlsseries.com

Izzat Shameer dari Perak itu mencipta sensasi apabila mengumpul 822 mata bagi mengatasi cabaran wakil dari Scotland, Stewart Anderson yang mengumpul 797 mata.

Ranking ketiga dunia menjadi milik Aron Sherriff dari Australia (781 mata), keempat Harry Goodwin dari England (644 mata), kelima Sheldon Bagrie-Howley, New Zealand (618 mata).

Antara pencapaian Izzat adalah pingat emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Asia 2024, emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024).

Izzat juga meraih pingat gangsa beregu campuran Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 selain pingat emas acara beregu Klasik Hong Kong 2023, pingat perak acara individu lelaki Klasik Hong Kong 2023.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!