Hari Malaysia peringkat Roblox: Cerita rakyat guna dialek negeri

Antara peserta yang berada di pentas bagi membaca ikrar sempena sambutan Hari Malaysia.
Antara peserta yang berada di pentas bagi membaca ikrar sempena sambutan Hari Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua peserta mempersembahkan cerita rakyat menggunakan dialek negeri untuk membawa kelainan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di sebuah platform sistem pembangunan permainan dalam talian, Roblox.

Nur Alisha Damia Mohd Syaiful Yuzree, 11, dari Sekolah Kebangsaan Sementa, Klang yang mempersembahkan cerita rakyat bertajuk Cik Siti Wan Kembang menggunakan dialek Kelantan.

Mizal Irsyad Yusmizal, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 (2), Shah Alam dengan tajuk Batu Belah Batu Bertangkup menggunakan dialek Utara.

Secara tidak langsung, persembahan cerita rakyat itu memberi pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia yang mendengarnya semasa sambutan berkenaan.

Ia dilaksanakan dalam Roblox tersebut sebagai pendekatan yang mampu membawa mesej nilai-nilai murni kepada komuniti berkenaan.

Pencipta kandungan, Afiq Mat Zaid berkata, ia berikutan pengguna permainan berkenaan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah remaja serta orang dewasa juga sudah mula melayarinya.

Cikgu Zyd bersama Farah Wahida sebagai pengacara majlis bagi sambutan Hari Malaysia diadakan di Roblox pada Jumaat.
Cikgu Zyd bersama Farah Wahida sebagai pengacara majlis bagi sambutan Hari Malaysia diadakan di Roblox pada Jumaat.

Afiq atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zyd memberitahu program tersebut bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara dan semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Sambutan Hari Malaysia berkenaan turut diikuti dengan persembahan mendeklamasikan puisi bertemakan Hari Malaysia.

Pelajar Tingkatan satu dari SMK Setia Alam, Paola Ajwa Ewusi membawa kelainan dalam menyampaikan puisi yang bertajuk My Malaysia Poem menggunakan bahasa Inggeris, manakala bagi puisi bertajuk ‘Di Tanah Sabah!’, dibawakan khas daripada Iman Irdina Sudirman, 16.

Dalam pada itu, sambutan Hari Malaysia itu turut menyediakan persembahan memperagakan busana Malaysia menggunakan perwatakan permainan dalam talian berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!