PDRM tak pandang ATM sebelah mata

Antara aksi PDRM menentang Pahang di Padang Ragbi PGA Semenyih, 7 September lalu.
Antara aksi PDRM menentang Pahang di Padang Ragbi PGA Semenyih, 7 September lalu.
A
A
A

PENYANDANG juara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan misi kemenangan menjelang derbi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Agong di Stadium Pangkalan Udara TUDM Subang penting dalam mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya.

Pengurus pasukan PDRM, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, perseteruan PDRM dan ATM di pentas ragbi Piala Agong bermula sejak 1983.

Malah jelas Nasri, kedua-dua pasukan sentiasa mempamerkan persaingan yang berkualiti dan mendebarkan penyokong-penyokong masing-masing.

Nasri
Nasri

“Saya ibaratkan setiap perlawanan antara PDRM menentang ATM merupakan perlawanan akhir.

“Pemain-pemain kedua-dua pasukan tidak rela untuk tewas, malah sentiasa berusaha meraih kemenangan yang menjadi satu kebanggaan kepada yang berjaya mempertahankannya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

PDRM membuka gelanggang Piala Agong dengan menjinakkan Pahang, 62-3 di Padang Ragbi PGA Semenyih,manakala ATM pula tewas kepada Selangor, 12-24 di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Mengulas kemenangan ke atas Pahang, Nasri menyifatkannya sebagai satu motivasi kepada pemain-pemain apabila berdepan ATM.

Artikel Berkaitan:

“Pemain-pemain PDRM kian bersemangat mengharungi baki perlawanan dengan rentak kemenangan bagi menyambar slot lebih awal ke pusingan kalah mati.

“Pada masa sama saya juga mengingatkan pemain-pemain agar tidak memandang mudah keupayaan ATM.

“ATM yang tewas perlawanan pertama pastinya akan bermain berhabis-habisan untuk kembali menghidupkan semula peluang mara ke pusingan kalah mati,” katanya.

PIALA AGONG 2024

SABTU (14 SEPTEMBER)

Johor lwn Terengganu

(Stadium Ragbi Johor, Mount Austin, Johor, 3.30 petang)

ATM lwn PDRM

(Stadium Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, 3.30 petang)

Kuala Lumpur lwn Perlis

(Tigre Arena, Sungai Buloh, 3.30 petang)

Pahang lwn Perak

(Padang Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang, 3.30 petang)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!