Haqimi Azim tekad guna sebaik mungkin peluang

Haqimi (kanan) mahu membalas kepercayaan Kuljanac pada aksi Liga Super menentang KDA FC, Sabtu ini. Foto Kuala Lumpur City
Haqimi (kanan) mahu membalas kepercayaan Kuljanac pada aksi Liga Super menentang KDA FC, Sabtu ini. Foto Kuala Lumpur City
A
A
A

BINTANG muda Kuala Lumpur City FC sedang meningkat naik, Haqimi Azim Rosli mahu membalas kepercayaan pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC, Sabtu ini.

Haqimi yakin komitmen diberikan rakan sepasukan akan memberi impak positif kepada The City Boys dalam misi mengutip tiga mata berdepan skuad Kenari.

“Syukur alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan dan ia tidak menjejaskan persiapan kami.

“Walaupun ketika ini KL City kekurangan penyerang namun ia tidak menjejaskan prestasi pasukan. Setiap pemain yang bermain pasti akan memberikan yang terbaik.

“Itu satu kelebihan juga, beraksi di Stadium Cheras. Jadi kita akan buat yang terbaik untuk mengutip tiga mata di laman sendiri nanti,” katanya.

KL City selepas tiga perlawanan mencatat tiga kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan untuk berada di kedudukan ke-11 Liga Super.

Haqimi Azim, 21, tahun ini tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh Kuljanac apabila dia kini antara tonggak utama pasukan di bahagian serangan.

“Peluang yang diberikan oleh jurulatih itu saya akan gunakan sebaik mungkin. Peluang tak selalu datang maka saya perlu galas tugas itu dengan baik untuk Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

“Saya perlu memperbaiki banyak perkara untuk kekalkan prestasi tahun ini. Jadi saya akan buat yang terbaik untuk aksi-aksi yang akan datang,” katanya.

LIGA SUPER 2024/25

14 SEPTEMBER (SABTU)

Negeri Sembilan lwn Perak

(Stadium Tuanku Abdul Rahman, 5.30 petang)

Kuala Lumpur City lwn Kedah Darul Aman,

(Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

15 SEPTEMBER (AHAD)

Sabah lwn Terengganu

(StadiumLikas, 8.15 malam)

Sri Pahang lwn PDRM

(Stadium Temerloh, 9 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!