Jozan tarikan utama Baik Punya Ah-Long

Jozan kembali lagi dalam sebuah filem komedi muzikal terbaharu, Baik Punya Ah-Long.
Jozan kembali lagi dalam sebuah filem komedi muzikal terbaharu, Baik Punya Ah-Long.
A
A
A

DUA komedi popular Malaysia, Jozan iaitu gandingan Johan dan Zizan Razak kembali menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem Baik Punya Ah-Long.

Kali ini, Jozan bergandingan sebagai adik-beradik yang menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan luar dari kebiasaan.

Baik Punya Ah Long merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas sudah mula menemui penonton sejak 12 September lalu.

Aloy dan Aley menjadi tunggak utama Baik Punya Ah-Long.
Aloy dan Aley menjadi tunggak utama Baik Punya Ah-Long.

Filem arahan dan lakonan Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Datuk Afdlin Shauki itu turut dibintangi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay serta Adlin Aman Ramlie, Mia Sara Shauki, arwah Adibah Noor dan Chew Kinwah.

Bukan itu sahaja, naskhah itu turut menyaksikan penampilan istimewa Achey, Sangeeta Krishnasamy, Carmen Soo, Aziz M Osman, Shashic Iewan, Anas Ridzuan, Ileana Matin Shauki, Riezman Khuzaimi, Nizam Jentik-Jentik, Sid Mahmud, Sanjna Suri, Sazali Abd Samad dan ramai lagi.

Berkongsi mengenai Baik Punya Ah-Long, Afdlin berkata, filem itu pada asalnya ditulis ketika arwah Din Beremboi masih hidup.

"Pada asalnya saya merancang untuk bergandingan dengan arwah Din Beramboi tetapi perancangan itu tidak kesampaian.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya rasa Johan dan Zizan adalah bintang yang paling sesuai untuk menggantikan tempat saya dan arwah Din," ujarnya ketika tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Baik Punya Ah Long merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kekuatan filem ini adalah pada unsur komedinya dan diperhebatkan lagi dengan lakonan Jozan.

"Penonton pastinya tidak akan kering gusi tatkala menonton buah tangan terbaru Afdlin. Melihat portfolio beliau, naskhah komedi adalah kekuatannya dalam pengarahan.

"Kami berharap Baik Punya Ah Long mampu mengubati rindu peminat. Mereka bukan sahaja boleh menikmati filem ini sebagai hiburan, tetapi diharapkan dapat meninggalkan impak dan membuatkan penonton mahu menyaksikannya berulang kali," katanya.

Kali ini Afdlin turut mengundang salah seorang anaknya, Mia Sara untuk berlakon bersama.
Kali ini Afdlin turut mengundang salah seorang anaknya, Mia Sara untuk berlakon bersama.

Tidak hanya menjual elemen komedi yang sangat mencuit hati, filem itu turut menyelitkan elemen kekeluargaan, persaudaraan dan aspek sosial masyarakat.

Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, Baik Punya Ah-Long mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.

Baik Punya Ah-Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Aley yang menjalankan perniagaan sendiri selepas dipaksa oleh bapa angkat mereka.

Meskipun Aloy dan Aley tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran dan memulakan perniagaan pinjaman wang.

Perniagaan mereka itu bagaimanapun telah menggugat bisnes Lan Panda yang berhasrat untuk menghapuskan Aloy dan Aley.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!