Wajah baharu Lata Kinjang

Aliran air yang melalui pelbagai tingkat batuan membentuk unjuran putih yang deras, mencipta pemandangan mempersonakan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
Aliran air yang melalui pelbagai tingkat batuan membentuk unjuran putih yang deras, mencipta pemandangan mempersonakan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
A
A
A

LEBIH sistematik, selesa dan bersih. Itu gambaran dapat diberikan selepas pembangunan semula dilakukan di pusat pelancongan Taman Eko-Rimba Lata Kinjang di Chenderiang, Tapah.

Destinasi percutian yang terkenal dengan keunikan air terjun antara tertinggi di Asia Tenggara itu terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah dan 100 meter dari Kampung Orang Asli Lata Kinjang.

Air terjun berketinggian 850 meter boleh dilihat dengan jelas ketika melewati Lebuhraya Utara Selatan laluan dari Tapah ke Gopeng.
Air terjun berketinggian 850 meter boleh dilihat dengan jelas ketika melewati Lebuhraya Utara Selatan laluan dari Tapah ke Gopeng.

Air terjunnya yang berketinggian 850 meter boleh dilihat dengan jelas ketika melewati Lebuhraya Utara Selatan laluan dari Tapah ke Gopeng.

Aliran air yang melalui pelbagai tingkat batuan membentuk unjuran putih deras, mencipta pemandangan mempesonakan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Papan tanda susun atur lokasi menarik di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang yang disediakan bagi kemudahan pengunjung.
Papan tanda susun atur lokasi menarik di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang yang disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Selari dengan kerancakan industri pelancongan, pusat rekreasi itu telah diberi nafas baharu dengan pelbagai sentuhan moden berteraskan keindahan alam semula jadi hutan.

Transformasi tersebut dijayakan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad (KOALKB) yang bertindak sebagai operator pelancongan.

Artikel Berkaitan:

Kemudahan tapak perkhemahan berdekatan sungai yang disediakan pastinya memberi pengalaman unik dan tersendiri kepada pengunjung.
Kemudahan tapak perkhemahan berdekatan sungai yang disediakan pastinya memberi pengalaman unik dan tersendiri kepada pengunjung.

Setiausaha KOALKB, Rani Bah Ulin berkata, melalui kerjasama itu, pelbagai projek naik taraf kemudahan sedia ada telah dijalankan bersama pembangunan infrastruktur tambahan dan tawaran pakej pelancongan baharu yang menarik.

Menurutnya, naik taraf yang dilakukan melibatkan pembangunan kemudahan seperti surau, tandas, gazebo, ruang parkir dan jambatan gantung yang memberi lebih ciri keselamatan serta keselesaan pengunjung.

Kemudahan tiub konkrit untuk penginapan di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang dilengkapi penyaman udara, katil bersaiz queen dan tandas.
Kemudahan tiub konkrit untuk penginapan di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang dilengkapi penyaman udara, katil bersaiz queen dan tandas.

“Infrastruktur baharu dibangunkan pula termasuklah menyediakan penginapan menerusi tiub konkrit, tapak perkhemahan berdekatan sungai, tempat bergambar dan denai kembara sejauh tiga kilometer dengan semuanya menerapkan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

“Kemudahan tiub penginapan paling unik kerana ia turut dilengkapi penyaman udara, katil bersaiz queen dan tandas,” katanya kepada Sinar Harian.

Jambatan gantung antara laluan ikonik di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang yang menjanjikan pemandangan memukau bagi pengunjung berswafoto.
Jambatan gantung antara laluan ikonik di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang yang menjanjikan pemandangan memukau bagi pengunjung berswafoto.

Jelas beliau, perancangan pembangunan strategik itu telah berjaya melonjakkan kehadiran pengunjung apabila merekodkan hampir 10,000 pelancong sebulan sejak dibuka semula pada 2022.

Menurutnya, pada tahun lalu sahaja, pusat rekreasi berkenaan menerima kunjungan seramai 70,561 pelancong domestik dan 1,757 pelancong luar negara.

Sementara itu, katanya, bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, seramai 60,844 pelancong domestik dan antarabangsa telah direkodkan mengunjungi kawasan tersebut.

“Dalam hal ini, NCIA telah membantu meningkatkan kelancaran pengoperasian dan keselamatan dengan menyediakan manual prosedur operasi standard (SOP).

“Ia termasuklah pelan kecemasan sekiranya berlaku bencana alam seperti kepala air atau apa-apa kejadian tidak diingini.

“Selain pemasangan siren, pusat rekreasi ini turut dilengkapi pegawai kecemasan, pelampung keselamatan dan pemasangan lapan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau keselamatan pengunjung,” katanya.

Rani berkata, peranan KOALKB sebagai operator sah menjalankan aktiviti di pusat rekreasi itu bukan sahaja bagi memulihara khazanah alam dengan memastikan kawasan sungai terjaga dan tidak berlaku kerosakan alam, malah lebih penting dapat memberi manfaat terhadap pembangunan dan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Tarian kebudayaan masyarakat Orang Asli antara program khas disediakan kepada pengunjung.
Tarian kebudayaan masyarakat Orang Asli antara program khas disediakan kepada pengunjung.

Bersempena Tahun Melawat Perak 2024, pelbagai program khas disediakan kepada pengunjung, antaranya tayangan kebudayaan dan tarian, pameran artifak, senjata serta permainan masyarakat Orang Asli, pendakian bukit dan demonstrasi masakan tradisional.

Paduan antara keindahan alam semula jadi, aktiviti menarik dan pengurusan sistematik itu pastinya menjadikan Taman Eko-Rimba Lata Kinjang destinasi yang menggamit pengunjung ingin kembali lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!