Pompili Rossi gesa pasukan lain contohi JDT

Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
A
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengharapkan agar pasukan lain dapat mencontohi dan mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MFL, Giorgio Pompili Rossi berkata, JDT merupakan contoh terbaik sebagai rujukan melihatkan kepada pelbagai pencapaian luar biasa merangkul banyak kejuaraan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"JDT bukan hanya sebagai contoh rujukan dalam bola sepak dan apa yang mereka lakukan di padang tetapi juga mereka buktikan dari segi fasiliti dan sebagainya.

"Saya harap kelab lain akan bersaing dengan mereka dan mencabar JDT, kerana jika ia berjaya taraf liga akan meningkat.

"Berkenaan konflik dengan pasukan, saya melihat dari sudut berbeza dan mereka perlu menganggap ia sebagai salah satu cara untuk maju ke hadapan," katanya dalam sesi bersama media pada Jumaat.

Pompili Rossi merupakan CEO MFL baharu yang telah dilantik oleh badan pengelola liga itu bagi menggantikan Stuart Ramalingam yang yang telah tamat kontrak pada 31 Ogos lalu.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan agar pasukan Harimau Selatan itu dapat menunjukkan taring di pentas Asia sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

"JDT merupakan juara untuk banyak tahun dan pasukan itu sangat kuat. Saya harap pasukan itu dapat pergi jauh di pentas Asia.

Artikel Berkaitan:

"Secara tidak langsung saya percaya mereka membawa bendera Malaysia di luar negara dan jika mereka dapat pergi jauh mereka akan dapat mengharumkan nama negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!