Bersatu Sabah sokong syor kekalkan tiga jawatan utama MPT

Hajiji Noor
Hajiji Noor
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyokong tiga jawatan utama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti melibatkan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan.

Ketuanya, Datuk Hajiji Noor berkata, ketiga-tiga jawatan terbabit kini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden.

Beliau berkata, selain pengasas parti, kepimpinan ketiga-tiga tokoh itu amat diperlukan oleh parti khususnya Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri serta negarawan ulung untuk terus memimpin negara.

"Bersatu Sabah bersetuju dan menyokong cadangan agar jawatan pengerusi, presiden dan timbalan presiden parti dikekalkan dan tidak dipertandingkan dalam pemilihan MPT Bersatu nanti", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Bersatu Terengganu sebulat suara bersetuju tiga jawatan utama MPT parti melibatkan pengerusi, presiden dan timbalan presiden dikekalkan dan tidak dipertandingkan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat badan pimpinan negeri yang dihadiri oleh ketua bahagian dan ahli jawatankuasa (AJK) parti, selain turut mengajak Bersatu negeri-negeri lain untuk turut membuat syor sama.

Selain itu Hajiji berkata, mesyuarat Bersatu peringkat cawangan akan dimulakan pada 15 Februari sehingga 29 Mac 2020 dan mesyuarat peringkat bahagian pula dijadualkan pada 18 April 2020.

Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) pula dijangka berlangsung pada 25 hingga 28 Jun depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!