Pusat penamaan calon PRK Mahkota ditutup

Pekarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail dipenuhi penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu. Foto Bernama
Pekarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail dipenuhi penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup jam 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula 9 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Terdahulu, penyokong calon yang berhasrat bertanding pada PRK itu mula berkumpul di sekitar dewan seawal 6.45 pagi walaupun pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini, hingga 11.59 malam 27 September ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!