Polis buru lelaki pecah masuk kios aiskrim

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memecah masuk rangkaian kios aiskrim dan minuman teh di Eco Granduer Puncak Alam pada Khamis.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memecah masuk rangkaian kios aiskrim dan minuman teh di Eco Granduer Puncak Alam pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis sedang mengesan seorang suspek terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rangkaian kios aiskrim dan minuman teh di Eco Granduer Puncak Alam di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, kejadian disedari seorang pekerja wanita semasa ingin memulakan operasi perniagaan pada jam 10 pagi.

Menurut beliau, pekerja terbabit mendapati pintu 'roller shutter' premis itu telah terbuka dan dapati keadaan dalam kedai berselerak.

"Pemilik kedai yang membuat laporan kejadian mengesyaki premis terbabit dipecah masuk pencuri selepas pekerjanya memaklumkan tempat simpanan wang terbuka.

"Pemeriksaan lanjut mendapati wang tunai berjumlah RM612.70 dan modem WiFi hilang dalam kejadian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit dan anggaran keseluruhan kerugian berjumlah RM1,500.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambah beliau.

Terdahulu gambar seorang lelaki memakai topi keledar dirakam CCTV selepas memecah masuk premis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan, premis itu tidak sampai sebulan beroperasi, namun telah dipecah masuk pihak tidak bertanggungjawab.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!