MoU peruntukan pembangkang: PN akan buat pengumuman dalam masa terdekat

Muhyiddin pada sidang akhbar selepas proses penamaan bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada Sabtu.
Muhyiddin pada sidang akhbar selepas proses penamaan bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Satu pengumuman rasmi akan dibuat Perikatan Nasional (PN) berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman penting itu dibuat bagi menyatakan pendirian pembangkang terhadap MoU berkenaan selepas beberapa perbincangan diadakan.

"Kita sudah adakan perbincangan beberapa peringkat, malahan yang terakhir babitkan kesemua ahli Parlimen.

"Antara lain cadangan MoU yang dikemukakan itu agak luar biasa, agak begitu menyulitkan bukan sahaja dilihat mahu benar-benar bantu wakil rakyat

"Oleh itu, satu pengumuman yang agak penting akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas proses penamaan bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada Sabtu.

Sebelum itu, PN telah mengadakan mesyuarat pada Isnin bagi membincangkan maklum balas terhadap draf MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini mengesahkan pembangkang telah menerima draf berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Kota Bharu itu bagaimanapun menyifatkan kandungan MoU tersebut sebagai pelik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini memaklumkan, jumlah peruntukan kepada pembangkang tidak dinyatakan memandangkan terma bagi draf tersebut masih belum dipersetujui PN.

Rentetan itu, pembangkang mendedahkan beberapa syarat didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi ahli Parlimen blok berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan sebagaimana dituntut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!