Aliran trafik di lebuh raya PLUS, KL-Karak bergerak perlahan

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KL-Karak) turut dilaporkan sesak dari arah timur iaitu sebelum Tol Plaza Gombak. - Sumber LPT
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KL-Karak) turut dilaporkan sesak dari arah timur iaitu sebelum Tol Plaza Gombak. - Sumber LPT
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak dan bergerak perlahan setakat jam 11.25 pagi pada Sabtu, susulan pertambahan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing sempena cuti sekolah dan hujung minggu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Bagi arah utara membabitkan Plaza Tol ke Kulai, Machap ke Ayer Hitam, Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson dan selepas Tol Sungai Besi ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. -Sumber LLM.
Bagi arah utara membabitkan Plaza Tol ke Kulai, Machap ke Ayer Hitam, Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson dan selepas Tol Sungai Besi ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. -Sumber LLM.

"Bagi arah utara membabitkan Plaza Tol ke Kulai, Machap ke Ayer Hitam, Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson dan selepas Tol Sungai Besi ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

"Sementara itu, trafik dari arah Selatan juga bergerak perlahan melibatkan Southville City ke Senawang, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Jasin dan Bandar Dato’ Onn ke susur keluar Lebuhraya Pasir Gudang," katanya.

Trafik dari arah Selatan juga bergerak perlahan melibatkan Southville City ke Senawang, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Jasin dan Bandar Dato’ Onn ke susur keluar Lebuhraya Pasir Gudang. -Sumber LLM.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KL-Karak) turut dilaporkan sesak dari arah timur iaitu sebelum Tol Plaza Gombak.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Facebook, kesesakan berlaku dari kilometer 9.8 hingga 43.6 menjadikan jumlah keseluruhan 23.5 kilometer bagi jalan Gombak menuju Bukit Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pula dilaporkan lancar bagi kedua-dua arah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!