Nenek dirogol, samun di tangga: Pembantu kedai makan direman
SEPANG - Seorang pembantu kedai makan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol dan samun wanita warga emas di tangga berhampiran lif sebuah apartment di Cyberjaya, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 25 tahun itu direman bermula Sabtu hingga Jumaat ini.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 akta sama," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada Jumaat media melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun.
Wan Kamarul dilaporkan berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.08 tengah malam.
Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di Cyberjaya dan menahan seorang lelaki warga asing.
Wan Kamarul memberitahu,dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon pintar dan barang kemas milik mangsa yang dipercayai disamun suspek.
@sinarharianonline Nenek dirogol, samun di tangga: Pembantu kedai makan direman #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Jenayah #Nenek #WargaEmas #Rogol #Samun
News - AShamaluevMusic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!