Pas usaha hidupkan MN, tarik sokongan UMNO- Abdul Hadi

Abdul Hadi ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur pada Sabtu.
Abdul Hadi ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur pada Sabtu.
A
A
A

TEMERLOH - Pas akan meneruskan usaha mereka untuk menarik sokongan pemimpin UMNO bagi menghidupkan Muafakat Nasional (MN).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan perkara tersebut sedang dirancang dan pihaknya masih terbuka untuk menarik parti Melayu terbesar itu.

"Kita akan tarik pemimpin-pemimpin, Melayu dan bumiputera termasuk dalam bukan Islam yang tidak ekstrem.

"Adakah Pas terbuka menerima UMNO? Ya," katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini pada Sabtu.

Menjawab mengenai reaksi UMNO terhadap ajakan Pas, Abdul Hadi berkata, terdapat reaksi berbeza dalam kalangan ahli daripada parti terbabit.

"UMNO dengan orang-orang UMNO. UMNO ada undang-undang tubuh, ada orang sudah lari daripada undang-undang tubuh, ada yang masih berpegang dengan dasarnya.

"Kerjasama pernah berlaku dalam perjuangan kemerdekaan, sebagai contoh meletakkan Islam sebagai agama dalam negara itu antara kerjasama Pas dan UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!