Kerajaan peruntuk RM5 bilion bantu naik taraf hidup pesawah

Anwar
Anwar
A
A
A

SERDANG - Kerajaan akan memperkenalkan projek tanaman padi fasa pertama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu akan memberi fokus dalam meningkatkan hasil tanaman padi pesawah selain menaikkan taraf hidup mereka.

“Ada projek besar yang kita akan perkenalkan termasuk projek tanam padi fasa pertama yang akan dimulakan dalam masa singkat.

“Keseluruhan projek melibatkan RM5 bilion untuk kita tumpukan perhatian pada pesawah dan hasil mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Sabtu.

Sebelum ini, menurut Anwar, kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

Penambahan keluasan bagi pelaksanaan program tanaman padi tersebut melibatkan kawasan seluas 30,000 hektar secara berperingkat di kawasan MADA turut dalam perancangan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!