GISBH: Elak keruhkan keadaan, Jakim ada prosedur perlu diikuti

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Azmi
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Azmi
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap kes yang berkaitan dengan pelanggaran undang-undang memerlukan siasatan mendalam sebelum tindakan diambil.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tuduhan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpeluk tubuh dalam isu GISB Holdings (GISBH) adalah tidak wajar sama sekali.

Menurutnya, jika melibatkan sebarang tangkapan dan pendakwaan, wujud bidang kuasa dan prosedur yang perlu dihormati.

“Agensi berkaitan termasuk Jakim telah menjalankan fungsi berdasarkan mandat dan prosedur. Mereka yang mengeluarkan pendapat secara terbuka perlu memperhalusi bidang kuasa agensi yang berkaitan.

“Adalah tidak adil dan tidak wajar untuk menuding agensi tidak menjalankan kerja. Kami tidak bersetuju menuding Jakim dalam isu GISBH tanpa mendapat penjelasan yang wajar.

“Setelah siasatan dimulakan, tahanan dan kenyataan diambil, agensi berkaitan harus diberi ruang untuk bertindak mengikut bidang kuasa yang dimandatkan. Pihak lain tidak wajar memanaskan keadaan sehingga menuding jari mencari kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seorang ahli akademik, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin sebelum ini mempersoalkan peranan Jakim dalam isu GISBH dan menyatakan agensi itu perlu dirombak kerana tindakan yang didakwa agak lewat diambil ke atas entiti berkaitan GISBH.

Beliau juga mendakwa, ada beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu memberi perhatian serius kepada dapatan kumpulan pengkaji serta aktivis yang memantau GISBH.

Artikel Berkaitan:

Mohd Azmi menambah, isu berkenaan perlu ditangani dengan bijak, sekali gus mengelakkan kekeliruan dan campur tangan yang merumitkan lagi proses menanganinya.

“Jakim perlu diyakini sebagai agensi yang telah menjalankan tugas mengikut prosedur dimandatkan. Mendakwa tidak menjalankan kerja secara semberono tidak wajar.

“Persoalan yang sedang ditangani sekarang tidak semudah yang difikirkan. Apa yang perlu sekarang ialah kerjasama pihak yang berkaitan sehingga penyelesaian tuntas diambil.

"Salah fakta dan sentimen melulu akan menyebabkan prasangka dan fitnah tersebar,” jelasnya.

@sinarharianonline

GISBH: Elak keruhkan keadaan, Jakim ada prosedur perlu diikuti #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #GISBH #Jakim #AzmiHamid

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!