Tempah dan menang baucar percutian bernilai RM30,000 bersama GWM Malaysia

GWM Malaysia menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tawaran 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula 15 Ogos hingga 30 September 2024
GWM Malaysia menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tawaran 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula 15 Ogos hingga 30 September 2024
A
A
A

GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tawaran 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula 15 Ogos hingga 30 September 2024 kepada pelanggan yang dihargai.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi berkata, pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah berpeluang untuk memenangi baucar percutian mewah bernilai setinggi RM30,000 ke mana-mana destinasi baharu dengan bergaya.

"GWM Malaysia menawarkan peluang untuk melakar memori indah dan merealisasikan percutian yang diidamkan. Bagi menyertai acara berkenaan boleh mengunjungi mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia untuk menempah dan daftar pembelian GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 sebelum 31 Oktober 2024.

"Setiap pemilik berpeluang memenangi lapan hadiah daripada cabutan bertuah tersebut dan hadiah utama adalah baucar percutian bernilai RM7,500 (seorang pemenang); kedua RM5,000 (dua pemenang) manakala ketiga pula RM2,500 (lima pemenang)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, GWM Malaysia berbangga untuk mempamerkan ciri-ciri moden bagi model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.

Tambahnya, kenderaan tersebut direka khas dengan teknologi terkini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan mesra alam tetapi juga memberikan keselesaan dan prestasi terbaik.

"GWM ORA GOOD CAT terkenal dengan reka bentuk retro-futuristik, jarak pemanduan yang mengagumkan dan ciri-ciri keselamatan terkini menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu dengan gaya hidup moden.

"Sementara itu, bagi GWM ORA 07 pula menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan ruang dalaman mewah yang menjanjikan perjalanan yang lancar dan penuh bergaya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua model berkenaan hadir dengan pakej waranti komprehensif daripada GWM Malaysia.

Menurutnya, komitmen yang tinggi terhadap kualiti dan kebolehpercayaan memastikan setiap pelanggan dapat menikmati kenderaan elektrik GWM ORA dengan tenang dan perlindungan penuh.

"Pakej waranti untuk GWM ORA GOOD CAT menawarkan jaminan bateri kuasa hingga lapan tahun/180,000 km, motor elektrik hingga lapan tahun/180,000 km, unit kawalan motor elektrik hingga lapan tahun/180,000 km, kenderaan hingga lima tahun/150,000 km (kecuali bahagian yang Haus dan Lusuh), penggantian pek bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70 peratus) dan perlindungan karat serta hakisan hingga 12 tahun.

"Bagi GWM ORA 07 pula, kita datangkan dengan jaminan bateri kuasa hingga 8 tahun/180,000 km, motor elektrik hingga lapan tahun/180,000 km, unit kawalan motor Elektrik hingga lapan tahun/180,000 km, jaminan kenderaan hingga enam tambah dua tahun/180,000 km, penggantian pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70 peratus dan perlindungan karat serta hakisan hingga 12 tahun.

“Tawaran hebat ini merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan dan ia adalah peluang untuk kami meraikan hari bersejarah dalam negara dengan penuh rasa bangga di samping menyumbang semula kepada masyarakat,” jelasnya.

Tambah Cui An Qi, orang ramai dialu-alukan untuk merebut peluang tawaran hebat tersebut dan mengalami sendiri kualiti luar biasa bagi model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.

Katanya, untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji, sila lawati Pandu Uji GWM Malaysia kerana tawaran masa terhad dan tertakluk kepada terma serta syarat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!