Tiga pemandu cedera nahas lori, dua treler

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan pemandu yang cedera dalam kemalangan.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan pemandu yang cedera dalam kemalangan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua treler di kilometer 420.2 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan tiga kenderaan itu pada jam 7.05 pagi.

"Siasatan awal mendapati pemandu treler berusia 57 tahun dari Utara menghala ke Selatan mahu menghantar barang di Johor," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Asri berkata, semasa lelaki itu sedang memandu, sebuah treler lain melanggar belakang kenderaan tersebut.

"Sebuah lori yang gagal mengawal kenderaan kemudian telah melanggar belakang treler berkenaan," katanya.

Keadaan di lokasi kejadian di kilometer 420.2 Lebuhraya Utara Selatan. Foto PDRM
Keadaan di lokasi kejadian di kilometer 420.2 Lebuhraya Utara Selatan. Foto PDRM

Beliau berkata, akibat kemalangan itu kesemua pemandu itu cedera di kepala dan badan serta patah tulang rusuk.

"Kesemua pemandu berusia 21 hingga 57 tahun itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh tampil membantu siasatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!