Tingkatkan produktiviti pertanian menerusi teknologi AI

Dari kiri: Arthur, Mohamad, Anwar menyampaikan Anugerah Perdana Agromakanan kepada Mohd Hafiz Nordin pada majlis perasmian MAHA 2024 pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Dari kiri: Arthur, Mohamad, Anwar menyampaikan Anugerah Perdana Agromakanan kepada Mohd Hafiz Nordin pada majlis perasmian MAHA 2024 pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SERDANG - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan meningkatkan produktiviti pertanian dan makanan dalam memastikan hasil tanaman serta ternakan keluaran negara bermutu tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu memberi fokus terhadap sektor teknologi makanan bagi menghasilkan produk yang berkualiti sesuai dengan permintaan semasa.

Menurutnya, usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bukan sahaja mengurangkan tekanan terhadap keperluan bekalan makanan tetapi juga memacu ekonomi negara ke tahap lebih baik.

“Kita tidak boleh harap hasil bertambah tanpa penggunaan dan perubahan teknologi termasuk AI sebagaimana yang saya saksikan penggunaan AI dalam meningkatkan produktiviti.

“Tapi ia juga memerlukan satu sikap dan budaya baharu. Kita tidak mahu negara ini kalah dalam apa juga bidang.

Anwar melawat ke Floating Market pameran selepas gimik pelancaran pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Anwar melawat ke Floating Market pameran selepas gimik pelancaran pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Kejayaan pengurusan ekonomi walaupun perlu diperbaiki lagi tetapi tidak pernah mengurangkan tekanan kepada keperluan meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalannya, Datuk Arthur Joseph Kurup; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mohamad berucap ketika majlis perasmian MAHA 2024 pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Mohamad berucap ketika majlis perasmian MAHA 2024 pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata, penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) telah menarik lebih ramai penyertaan dari 17 negara yang terdiri daripada pelabur serta penggiat industri agromakanan.

Tambah beliau, sebanyak 36 pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM759 juta melibatkan kerjasama strategik pelaburan sektor agromakanan, potensi perdagangan perkongsian teknologi dan konservasi ekosistem telah disempurnakan dengan lancar.

“Berdasarkan prestasi dan sambutan yang diterima, kementerian positif sasaran RM6 bilion nilai potensi pelaburan dan perdagangan melalui MoU yang dimeterai bersempena MAHA 2024 ini akan dapat dicapai,” ujarnya.

Anwar melawat ke reruai pameran selepas gimik pelancaran pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Anwar melawat ke reruai pameran selepas gimik pelancaran pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Sementara itu, bagi pesara, Zulkifli, 61, berkata, penganjuran MAHA 2024 menampilkan pelbagai ruang pameran yang menarik selain produk tempatan berkualiti tinggi.

Menurutnya, ia juga sebagai tanda sokongan kepada pengusaha pertanian yang giat memperkenalkan pelbagai produk dan inovasi baharu.

“Setiap tahun saya datang dan kali ini lebih banyak produk yang diperkenalkan oleh pelbagai usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS),” ulasnya.

Pengunjung, Rickie Jennings pula berpendapat, kepelbagaian budaya dan produk di setiap negeri bukan sahaja menakjubkan, tetapi membuka lebih banyak potensi serta ruang kerjasama di peringkat global.

“Pameran yang sangat menakjubkan dan saya teruja melihat kepelbagaian yang ditampilkan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!