Kastam Sarawak sita 10 kenderaan mewah bernilai lebih RM8 juta

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita 10 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai RM8.12 juta selepas memeriksa sebuah premis di sini awal bulan ini.

Pengarahnya, Norizan Yahya berkata, pemeriksaan pada 2 September itu dilakukan sepasukan Unit Operasi Darat Kuching, JKDM Sarawak.

"Hasil pemeriksaan di premis terbabit menemukan 10 kenderaan mewah pelbagai jenama disyaki melanggar syarat diperuntukkan di bawah Seksyen 75(b) Akta Kastam 1967.

"Modus operandi syarikat berkenaan adalah dengan memindahkan kenderaan import berduti belum dibayar cukai tanpa kelulusan kastam dan menyimpannya di dalam premis atau gudang tidak dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 (Gudang Berlesen),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 75(b) Akta Kastam 1967.

Dalam kes lain, Norizan berkata, pihaknya turut menggagalkan aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok tidak berkastam pelbagai jenama melibatkan 2.42 juta batang rokok dianggar bernilai RM2.11 juta termasuk duti dan cukai, pada Julai dan Ogos lepas.

Beliau berkata, bagi aktiviti penyeludupan dan penjualan minuman keras tidak berkastam termasuk bir, dianggarkan bernilaiRM920.29 juta termasuk duti dan cukai. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!