Warga emas maut disengat tebuan

Mangsa dihantar ke Hospital Sik dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik pada petang Jumaat. FOTO APM
Mangsa dihantar ke Hospital Sik dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik pada petang Jumaat. FOTO APM
A
A
A

SIK - Seorang lelaki warga emas yang disengat tebuan di Kampung Jelutong, di sini disahkan meninggal dunia semasa rawatan di Hospital Sik pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa, Ahmad Dahman, 73, bersama seorang anaknya memanjat pokok dokong untuk mengambil buah.

"Ketika hendak turun, mangsa dipercayai diserang tebuan menyebabkan dia mengalami kecederaan di seluruh badan dan muka.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sik dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik pada jam 5.40 petang," katanya pada Sabtu.

Jelas Abdull Razak, semasa dibawa ke Hospital Sik, mangsa masih sedar dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 120 kesan sengatan tebuan pada tubuh badannya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.50 malam selepas doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

"Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat 'sengatan hornet besar-besaran dengan kegagalan berbilang organ' (massive hornet stings envenomation with multi organ failure).

"Mangsa juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kolestrol serta pernah mengalami angin ahmar," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!