Sukan SEA 2027 akan perkenalkan Sarawak ke peringkat Asia Tenggara

Abang Johari menerima Piala Pusingan dan Piala Iringan Sukma 2024 pada Majlis Penyampaian Insentif kontinjen Sukma 2024 Sarawak pada malam Sabtu. Foto Bernama
Abang Johari menerima Piala Pusingan dan Piala Iringan Sukma 2024 pada Majlis Penyampaian Insentif kontinjen Sukma 2024 Sarawak pada malam Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

PEMILIHAN Sarawak sebagai hos bersama penganjuran Sukan SEA 2027 akan memperkenalkan negeri itu secara lebih meluas ke peringkat Asia Tenggara.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi menjayakan penganjuran temasya sukan itu Sarawak perlu bersedia bermula dari sekarang.

"Kebanyakan acara (Sukan SEA 2027) akan diadakan di Sarawak kerana kita bersetuju untuk menampung 50 peratus kos penganjuran. Kos ini tinggi tetapi untuk pembangunan sukan dan anak muda Sarawak kita sanggup (keluarkan peruntukan).

"Apabila kita menjadi hos bersama, negara yang akan menyertai Sukan SEA akan tahu di mana Sarawak dan ini semestinya akan meningkatkan status kita,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian insentif kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Sarawak di sini malam ini.

Abang Johari menyampaikan replika cek pada Majlis Penyampaian Insentif kontinjen Sukma 2024 Sarawak pada malam Sabtu. Foto Bernama
Abang Johari menyampaikan replika cek pada Majlis Penyampaian Insentif kontinjen Sukma 2024 Sarawak pada malam Sabtu. Foto Bernama

Keseluruhan sebanyak RM1.83 juta diberikan kepada atlet Sarawak yang berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa pada temasya SUKMA 2024 lepas.

Pada 29 Ogos lepas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju untuk menjadi hos bersama-sama Kuala Lumpur bagi penganjuran Sukan SEA 2027.

Hannah berkata, ketiga-tiga negeri itu turut bersetuju untuk mengeluarkan kos dengan nilai keseluruhan penganjuran dianggarkan RM700 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!