Sambutan Hari Malaysia di Sabah bakal tampilkan persembahan menarik

Fahmi (kanan) berkata sesuatu sewaktu menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka. Foto Bernama
Fahmi (kanan) berkata sesuatu sewaktu menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan pada 16 September di Padang Merdeka di sini akan menjadi cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Berdasarkan raptai penuh malam ini, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata, beberapa perkara sedang ditambah baik untuk persembahan pada sambutan itu termasuk daripada aspek teknikal.

"Saya rasa sambutan ini akan jadi cukup istimewa... beberapa isu termasuk audio akan dapat ditangani dengan baik selepas menerima maklum balas terutama daripada para peserta," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini.

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia setiap tahun adalah berbeza dengan keunikan tersendiri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew pula berkata orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!