Yadim Sarawak lapor polis nafi terlibat isu pengislaman

Wakil Yadim Sarawak menunjukkan laporan polis dibuat di Balai Polis Gita, Kuching pada 29 Januari lalu bagi menafikan dakwaan yayasan itu terlibat program pemberian sumbangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera negeri itu bagi tujuan mengislamkan mereka.
Wakil Yadim Sarawak menunjukkan laporan polis dibuat di Balai Polis Gita, Kuching pada 29 Januari lalu bagi menafikan dakwaan yayasan itu terlibat program pemberian sumbangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera negeri itu bagi tujuan mengislamkan mereka.
A
A
A

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sarawak membuat laporan polis menafikan dakwaan konon yayasan itu terlibat dalam satu program pendidikan anak-anak bumiputera di negeri tersebut bagi tujuan mengislamkan mereka seperti ditularkan menerusi media sosial, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media dikeluarkan oleh Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim, yayasan itu membuat laporan polis pada 29 Januari lalu di Balai Polis Gita, Kuching berhubung satu kenyataan mendakwa penglibatan Yadim dalam program sumbangan kewangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera di kawasan Kapit, Kanowit dan Belaga.

Menurut Yadim, halaman Facebook Radio Nyawa Sarawak dan Sarawak Inside mengeluarkan kenyataan mendakwa Yadim terlibat di dalam jelajah sekitar pedalaman Sarawak di tiga kawasan itu dengan menawarkan RM1,000 bagi setiap anak bumiputera kepada ibu bapa dengan tujuan mengislamkan mereka.

"Yadim menegaskan mereka tidak mempunyai program seumpama itu sama ada telah dilaksana mahupun sedang dirancang untuk dilaksanakan di negeri Sarawak.

"Yadim beranggapan bahawa kenyataan seperti ini adalah berniat jahat dan bertujuan menjejaskan imej Yadim dan agensi Islam lain.

"Berita seumpama ini boleh mengancam perpaduan dan keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Sarawak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!