Hujan tidak jejaskan kemeriahan Program Fit Malaysia

Mohd Najwan (lapan dari kiri) pada Program Fit Malaysia Selangor di Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan.
Mohd Najwan (lapan dari kiri) pada Program Fit Malaysia Selangor di Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan.
A
A
A

KLANG - Walaupun dalam keadaan hujan lebat Program Fit Malaysia Selangor di Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan di sini berjaya menghimpunkan kehadiran sekitar 500 peserta.

Kehadiran peserta dalam program kali ini adalah isyarat jelas akan komitmen mereka untuk menjalani kehidupan sihat termasuk kepentingan dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi berkata, program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Selangor) itu juga memperlihatkan semangat kebersamaan melalui penyertaan komuniti yang luar biasa.

Mohd Najwan (tiga dari kanan) turut menyertai aktiviti yang dijalankan sempena program.
Mohd Najwan (tiga dari kanan) turut menyertai aktiviti yang dijalankan sempena program.

"Pada pagi ini, saya telah merasmikan Program Fit Malaysia Selangor 2024 di Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan, Klang.

"Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan ini menjadi platform penting untuk memupuk gaya hidup sihat dan aktif, serta memperlihatkan semangat kebersamaan melalui penyertaan komuniti yang luar biasa," ujarnya.

Peserta tetap memberikan sokongan walaupun dalam keadaan hujan.
Peserta tetap memberikan sokongan walaupun dalam keadaan hujan.

Beliau menambah, dengan pelbagai aktiviti sukan, program itu membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai dan mengekalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Artikel Berkaitan:

"Mari kita teruskan usaha ini demi memastikan Selangor kekal sebagai negeri yang aktif, sihat, dan berdaya maju," ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!