Wan Ahmad Fayhsal sedia disaman, dedah lebih banyak bukti

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung dakwaannya bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau akan mendedahkan lebih banyak bukti di mahkamah sekiranya perkara itu berlaku.

"Bawalah, saya bersedia.

"Tidak sabar menunggu surat tuntutan (LOD) anda," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.

Sebelum itu, Rafizi berhasrat memulakan tindakan undang-undang terhadap Wan Ahmad Fayhsal atas dakwaan memfitnahnya.

Rafizi telah mohon pasukan peguam untuk memulakan proses saman terhadap @wanfayhsal kerana membuat fitnah terbuka bahawa beliau membela macai (iaitu membayar 'cybertrooper' (tentera siber) dan menyeleweng duit kementerian membayar 'cybertrooper'.

Seorang pengguna X mendakwa seorang individu yang mempunyai pengikut TikTok yang ramai menerima bayaran daripada Kementerian Ekonomi kerana kandungan mereka.

Artikel Berkaitan:

Sebagai respons, Wan Fayhsal dalam komen di posting itu mendakwa individu itu antara pengikut Rafizi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!