DHPP jadi satu dewan efektif tarik sokongan bukan Melayu

Rosli ketika mengadakan sidang akhbar di Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini pada Ahad.
Rosli ketika mengadakan sidang akhbar di Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) akan menjadi satu dewan yang lebih efektif untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu selepas pindaan perlembagaan berkaitan keahlian golongan itu diluluskan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berkata, DHPP kini menjadi satu dewan yang lebih berautoriti berbanding sebelum ini.

"Kalau dulu, DHPP bertaraf kelab penyokong Pas, jadi kita harap dan yakin DHPP dapat menarik minat sokongan orang bukan Islam pada Pas, Insya-ALLAH," katanya ketika mengadakan sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu, Pas telah meluluskan pindaan perlembagaan, di mana bukan Islam sebagai ahli bersekutu.

Usul itu diluluskan selepas dipersetujui oleh dua pertiga daripada 1,324 perwakilan parti yang hadir pada himpunan tersebut.

Menjawab mengenai komitmen parti itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Rosli menjelaskan, Pas yakin mampu mengambil alih kerajaan Pahang berdasarkan pertambahan sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya lalu.

"Kita yakin dengan senario sekarang, walaupun UMNO bergabung gabung dengan PH (Pakatan Harapan), kita tengok kecenderungan pengundi Melayu, majoriti di kawasan Melayu terhadap kita bertambah (walau) PRU dan PRK (Pilihan Raya Kecil) ini tidak sama.

"Kalau PRU15, kalau lihat secara mata kasar, mungkin Pas Pahang tidak dapat kerusi. Bila pecah PR (Pakatan Rakyat), ramai kata hilang kerusi. Tapi kita menang pula. Kita yakin PRU-16 akan datang, pengundi Melayu akan berpihak kepada kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rosli memberitahu Pahang kali kedua menganjurkan Muktamar Tahunan Pas dan ia dilaksanakan di premis milik parti tersebut.

"Pihak Pas Pusat amanahkan kami untuk jadi tuan rumah dan kita buat di Kompleks Al-Makmur yang dibina melalui sumbangan ahli Pas," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!