Taufan Bebinca bergerak ke arah barat laut
TOKYO - Taufan Bebinca bergerak ke arah barat laut merentasi Laut China Timur meninggalkan wilayah kepulauan barat daya Jepun, Amami pada awal pagi Ahad.
Taufan itu berada kira-kira 230 kilometer di barat laut bandar Amami dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan sekitar 25 kilometer sejam (km/j), menurut Agensi Meteorologi Jepun yang dipetik oleh Agensi Berita Kyodo.
Ia membawa angin dengan kelajuan sehingga 180 km/j dan dijangka melemah menjadi ribut tropika pada Isnin, menurut agensi itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!