'Rahmat ALLAH luas, doakan Sajat kembali ke pangkal jalan'

dr asri
dr asri
A
A
A

KANGAR - Rahmat ALLAH luas dan kita seharusnya mendoakan dia agar berubah ke jalan yang lebih baik sejurus pulang dari Makkah, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas tindakan Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat yang berpakaian menyerupai wanita ketika menunaikan ibadah umrah.

Menurut Dr Mohd Asri, tindakan dan cara berfikir Sajat tidak tepat dan diharapkan dia berubah.

"Perkara tidak baik dilakukan di Tanah Suci Makkah bukanlah perkara luar biasa kerana terdapat juga individu yang melakukan penipuan melalui pakej umrah.

"Di Makkah juga terdapat penipuan dalam urusan jualan barangan dan sejarah pernah menunjukkan bahawa kaum Qaramitah bukan sahaja menipu, tetapi mereka pernah mencabut hajaratul aswad selama 20 tahun dan dibawa ke negara mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bangunan wakaf perkhidmatan dialisis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Hospital Tuanku Fauziah, Kangar di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan bangunan wakaf perkhidmatan dialisis MAIPs di Hospital Tuanku Fauziah di sini hari ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan bangunan wakaf perkhidmatan dialisis MAIPs di Hospital Tuanku Fauziah di sini hari ini.

Hadir sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tambah Dr Mohd Asri, kita perlu berdoa agar Sajat kembali ke pangkal jalan kerana mungkin dia berdepan kesukaran dalam sesuatu keadaan.

"Kita janganlah mengecam, sebaliknya dekati dan memberi nasihat dan memberi perhatian terhadap perkara lain sebagai contoh ajaran sesat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kerajaan kesal Sajat bertelekung di Tanah Suci: Mujahid

Umrah lelaki berkelakuan wanita tidak sah: Mufti

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!