Budak perempuan cuba dilarikan ketika tunggu van sekolah

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak perempuan menempuh detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah dalam kejadian dekat perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.

Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.

"Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.

"Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.

"Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, polis menasihatkan ibu bapa supaya peka terhadap anak-anak dan jangan meninggalkan mereka sendirian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta segera menghubungi pihak polis di talian 03-60641223," katanya.

@sinarharianonline

Mangsa melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #KanakKanak #Budak #Perempuan #VanSekolah #Jenayah #Polis #BukitBeruntung

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!